AGENSISELANGOR

LZS pelawa golongan asnaf layak mohon insentif mula kerja RM300

SHAH ALAM, 27 OGOS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mempelawa asnaf fakir, miskin dan mualaf yang layak memohon Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS).

Agensi itu memaklumkan golongan yang berdaftar dengan agensi tersebut serta sudah mendapat pekerjaan layak menerima insentif sebanyak RM300.

“Adakah anda telah mendapat pekerjaan pada 2022? Jika ya, anda layak untuk IPPAS. Mohon segera! Permohonan dibuka sehingga November 2022,” katanya menerusi Facebook.

Permohonan IPPAS dibuka secara atas talian di pautan berikut https://bit.ly/-INSENTIFPERMULAANPEKERJAANASNAFSELANGOR-IPPAS-LZS.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November dan ia tertakluk kepada terma dan syarat permohonan.

.


Pengarang :