Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (tengah) dan EXCO Pembangunan Kampung Baharu Ng Sze Han (kiri) ketika majlis perasmian Fiesta Selangor New Village-ING di Pavilion Bukit Jalil pada 7 April 2023. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/ SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Negeri lulus RM1.5 juta naik taraf kampung baharu setakat Mac

SUBANG JAYA, 8 APRIL: Kerajaan Negeri memperuntuk RM4 juta bagi program pembangunan dan menaik taraf infrastruktur kampung baru tahun ini.

EXCO pembangunan kampung baharu berkata satakat Mac, RM1.5 juta sudah diluluskan untuk menurap jalan serta menaik taraf parit dan saliran.

“Selain itu, projek membaik pulih gelanggang bola keranjang dan beberapa lagi untuk program pembangunan masyarakat di kampung baharu.

“Kita harap lebih banyak sumber peruntukan untuk menaik taraf kesemua 77 kampung baharu di Selangor,” kata Ng Sze Han.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Fiesta Selangor New Village-ING di Pavilion Bukit Jalil semalam. Majlis disempurnakan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (tengah) dan EXCO Pembangunan Kampung Baharu Ng Sze Han (tiga kanan) di Fiesta Selangor New Village-ING di Pavilion Bukit Jalil pada 7 April 2023. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI

Sze Han berkata kampung baharu bukan semata-mata kampung, sejarah atau apa sahaja yang berkait dengan masa lampau tetapi ia adalah manifestasi produk sejarah negara yang unik di mana penduduk pelbagai etnik Cina berkumpul untuk hidup harmoni.

“Tiada tempat lain di dunia ini anda boleh jumpa ‘produk’ (kampung) seperti ini yang mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan 2023 mengumumkan peruntukan bagi projek dan program pembangunan kampung baharu sebanyak RM4 juta.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding yang disalurkan pada 2022 iaitu sebanyak RM3.6 juta.


Pengarang :