Orang ramai membeli barangan asas murah sempena Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Kota Damansara di tapak Pasar Tani Kampung Melayu Subang pada 2 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tasik Biru, Batu Tiga, Bukit Gasing tiga lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 14 OKT: Orang ramai berpeluang mendapatkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga murah melalui program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di tiga lokasi esok.

Program itu diadakan di medan selera Tasik Biru, Kundang, Kuang; Pangsapuri Seri Nipah, Pinggiran USJ Batu Tiga dan Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Bukit Gasing.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi Facebook memaklumkan program itu bermula dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

PKPS menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :