Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial Malaysian Meteorological Department serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Hulu Selangor, Hulu Langat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 21 APRIL: Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda Hulu Selangor dan Hulu Langat sehingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama turut melanda seluruh Negeri Sembilan dan Melaka.

Cuaca buruk itu juga diramal melanda beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :