Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat lima sekeluarga selepas kereta dinaiki terjatuh gaung di Jalan Kuala Kubu Bharu pada 14 April 2024. Foto JBPM Selangor.
AGENDAJENAYAH

Lima sekeluarga nyaris maut kereta terjatuh gaung kira-kira 30 meter

HULU SELANGOR, 14 APRIL: Lima sekeluarga nyaris maut selepas kereta dinaiki terjatuh gaung kira-kira 30 meter di Jalan Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Mangsa membabitkan suami isteri masing-masing berusia 35 dan 32 tahun serta tiga anak perempuan berusia enam, lapan dan 14 tahun dilaporkan cedera.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata nahas membabitkan sebuah kereta Proton Satria, lapor Berita Harian.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan 9.41 pagi tadi dan sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Semua mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Pengarang :