AGENSISELANGOR

Hulu Selangor, Gombak diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 5 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Hulu Selangor dan Gombak sehingga 6 petang ini.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca sama diramal berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Amaran dikeuarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :