Pengunjung menunjukkan barangan asas yang dibeli ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Surau Nur Hidayah, Taman Rasa Utama, Hulu Selangor pada 7 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Inisiatif JER ringan beban, cukup bekalan sebulan untuk ahli keluarga ramai

HULU SELANGOR, 7 MEI: Inisiatif Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dianjurkan hampir setiap hari terus menjadi tumpuan apabila lebih 200 pembeli hadir ke program bertempat di Surau Nur Hidayah Taman Rasa Utama, Kuala Kubu Bharu, pagi ini.

Seorang suri rumah Norhasna Masdom, 54, berkata jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menawarkan harga berpatutan dan wajar diteruskan khusus membantu golongan berpendapatan rendah.

Norhasna Masdom.Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Saya ada ahli keluarga ramai. Sebab itu sudah lebih dua kali kunjungi JER, harga ditawarkan amat murah tetapi lebih bagus sekiranya PKPS (Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor) dapat tambah pelbagai lagi barangan.

“Sebagai contoh tambah barangan seperti makanan laut, minyak masak paket, sayur-sayuran dan buah-buahan,” katanya ketika ditemui Selangorkini.

Manakala, seorang peniaga Chan Hock Moon, 57, teruja banyak barangan keperluan dapat dibeli dengan hanya membawa wang tunai RM200.

Chan Hock Moon.Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Saya belanja tidak sampai RM200 dapat beli beberapa pek beras, ayam, daging dan tepung, mungkin stok ini boleh tahan hingga dua bulan.

“Sebelum ini saya dimaklum barangan dibeli perlu ada had tetapi kali ini sudah boleh beli lebih, terima kasih Kerajaan Negeri semoga inisiatif ini diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Selain itu, seorang juruteknik Muhammad Akif Asyraf Abdul Razak, 34, mengakui sentiasa menunggu jualan murah itu diadakan di kawasan berhampiran kediamannya.

Muhammad Akif Asyraf Abdul Razak.Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Harap selepas ini JER dapat dianjurkan lebih kerap di Hulu Selangor kerana rata-rata penduduk di sini berpendapatan rendah dan lokasi kami juga jauh dari bandar.

“Barangan ditawarkan di JER juga berkualiti meskipun harganya murah. Saya belanja tidak sampai RM100 banyak barangan boleh beli,” ujarnya.

Sementara itu, Penyelaras JER Muhammad Syahmi Asymawi Solahudin berkata sistem nombor diguna bagi memastikan program berjalan lancar dan pengunjung tidak perlu tunggu dalam tempoh masa yang lama.

Muhammad Syahmi Asymawi Solahudin. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Katanya, antara barangan subsidi yang dibawa adalah 500 ekor ayam, telur (200 papan); beras (300 pek); daging dan ikan (120 pek) dan minyak masak (40 botol).

Inisiatif itu menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER selain turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR).

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Pengunjung membeli barangan asas ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Surau Nur Hidayah, Taman Rasa Utama, Hulu Selangor pada 7 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :