Orang ramai berbelanja pada Jualan Ehsan Rahmah (JER) di pasar raya Segi Fresh Teluk Panglima Garang pada 30 September 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan barang dapur murah di 10 cawangan Segi Fresh hujung minggu ini

SHAH ALAM, 3 MEI: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah menerusi Jualan Rahmah Madani di 10 cawangan Pasaraya Segi Fresh hujung minggu ini.

Program dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) melibatkan cawangan Segi Fresh Puchong Denai, Sungai Tua, Gombak, Bukit Sentosa dan Jeram pada esok.

Manakala pada Ahad jualan sama turut diadakan di cawadangan egi Fresh Ampang, Kayu Ara, Bestari Jaya, Rantau Panjang dan Bandar Mahkota Banting.

“Segi Fresh ingin mengucapkan terima kasih kepada PKPS dan KPDN Selangor kerana membolehkan kami menawarkan harga istimewa kepada semua penduduk Selangor.

“Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk berkualiti dengan harga istimewa yang kami tawarkan,” menurut pasar raya itu di Facebook.

Pada Julai tahun lalu, PKPS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri mulai 1 Ogos.

Selain bekerjasama dengan Segi Fresh, PKPS turut menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih seluruh negeri hampir setiap hari dengan maklumat terkini boleh disemak di Facebook.


Pengarang :