Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Masjid Al-Falah Ulu Yam Bharu antara empat lokasi jualan murah hari ini

SHAH ALAM, 8 MEI: Empat lokasi jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menemui orang ramai hari ini.

Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang bermula dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari itu diadakan di Masjid Al-Falah Ulu Yam Bharu (Kuala Kubu Bharu) dan Masjid At-Toiyibbin Kampung Endah (Tanjung Sepat).

Lokasi lain ialah di Dewan MPKK Kampung Bukit Cherakah (Meru) dan Agrotourism Homestay Sungai Sireh (Sungai Burong).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri pada tahun lepas.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :