Ahmad Mustaza Ismail, 60, (tengah) ditemani isteri menyerahkan wakaf tunai RM50,000 di pejabat Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) pada 7 Mei 2024. Foto Facebook Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) MAIS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pesara wakaf tunai RM50,000 hasil faraid demi arwah ibu

SHAH ALAM, 8 MEI: Demi kasih terhadap ibu, pesara swasta mewakafkan harta RM50,000 hasil faraid bersama adik beradiknya kepada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), semalam.

Ahmad Mustaza Ismail, 60, hadir ke pejabat PWS ditemani isteri bagi menyerahkan wang tunai berkenaan dengan niat semua pahala amalan itu mengalir kepada allahyarhamah ibunya.

“Wakaf tunai tersebut disambut mesra oleh Pegawai Unit Kutipan dan Agihan di Bahagian Korporat PWS, Muhamad Khairul Ashraff Muhamad Nizam.

“Semoga ibadah wakaf yang dilaksanakan menjadikan jariah pahala yang berpanjangan sehingga yaumulakhirah,” menurut PWS menerusi Facebook semalam.

Orang ramai yang mahu menunaikan wakaf tunai, boleh berbuat demikian secara dalam talian melalui pautan https://fpx.wakafselangor.gov.my atau infaqpay.my/go/wakafselangor.


Pengarang :