Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri ditemui pada Perhimpunan Khas Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh pada 25 Ogos 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Pesawat ringan terhempas di kawasan ladang, dua terselamat

IPOH, 4 MEI: Sebuah pesawat ringan untuk latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Ya, pesawat latihan, penumpang terlibat selamat.

“Kejadian berlaku pada 9.55 pagi dengan dua mangsa terlibat iaitu lelaki dan wanita telah dihantar ke Hospital Slim River,” katanya.

Beliau berkata setakat ini jenis pesawat belum dapat dipastikan.

Terdahulu video kejadian tersebut tular di aplikasi WhatsApp.

– BERNAMA


Pengarang :