Pengunjung menunjukkan barangan asas yang dibeli ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Surau Nur Hidayah, Taman Rasa Utama, Hulu Selangor pada 7 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Program JER di Banting, Kuala Kubu Bharu, Bukit Gasing, Dusun Tua esok

SHAH ALAM, 8 MEI : Jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di empat lokasi esok, mulai 10 pagi.

Dianjurkan hingga 1 tengah hari, Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan di depan pusat khidmat DUN Banting di Taman Tayasan (Banting) dan sebelah balai raya Jalan Padang Tembak (Kuala Kubu Bharu).

Program sama bertempat di pekarangan Dewan MBPJ Jalan 5/46 Flat Gasing Indah (Bukit Gasing) dan pekarangan tapak pertanian Batu 18 (Dusun Tua).

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri pada tahun lepas.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :