Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao (tengah) beramah mesra bersama orang ramai pada Walkabout di program Jualan Ehsan Rahmah di Dewan Serbaguna Kerling, Kuala Kubu Bharu pada 02 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Senyuman manis tambat hati pengundi, gembira kempen disambut mesra

HULU SELANGOR, 2 MEI: Senyuman manis sentiasa terukir dibibir calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao setiap kali bertemu pengundi Kuala Kubu Bharu, di sini.

Sock Tao, 31, dilihat tidak kekok melayan setiap pertanyaan termasuk permintaan penduduk yang ingin berswafoto dengannya di sekitar pekan Kerling, hari ini.

Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao (tengah) bercakap kepada media ketika hadir di Bilik Gerakan Kg Pasir Kerling, Kuala Kubu Bharu pada 02 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Sock Tao ketika ditemui Selangorkini berkata beliau terharu dan gembira dengan penerimaan warga Kuala Kubu Bharu sepanjang enam hari berkempen.

Menurutnya, keyakinan untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu semakin meningkat selain berharap momentum positif daripada rakyat berterusan.

“Hari ini hari keenam kempen. Kita yakin boleh mengekalkan kerusi Kuala Kubu Bharu. Penduduk sangat mesra dan terbuka serta sentiasa menyambut saya dengan senyuman manis,” katanya.

Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao (tengah) beramah mesra bersama orang ramai pada Walkabout di program Jualan Ehsan Rahmah di Dewan Serbaguna Kerling, Kuala Kubu Bharu pada 02 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Sock Tao, 31, berdepan saingan empat penjuru daripada calon Perikatan Nasional Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainudin dari Parti Rakyat Malaysia serta calon bebas, Nyau Ke Xin.

PRK DUN berkenaan diadakan susulan kematian Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat barah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dan 27 April sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

 


Pengarang :