Ucapan Dato’ Menteri Besar di Majlis Integriti Korporat PKNS

Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama memantau dan memastikan pentadbiran berpegang pada amalan integriti.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah mengarahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Jawatankuasa Pilihan Khas Negeri Selangor untuk memantau teguran Ketua Audit Negara keatas semua jabatan dan agensi negeri untuk memastikan setiap satu mengamalkan tata-kelola berhemah dan berintegriti dalam mengendalikan urusan kewangan dan proses tender.

Kerajaan Negeri turut merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyumbang membentuk jatidiri pentadbiran yang bersih di Selangor.


Pengarang :