Tourism Selangor giat promosi, sasar 7.2 juta pelancong 2016

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 8 JUN :Tourism Selangor giat mempromosikan perlancongan negeri menerusi pelbagai gerak kerja dan kempen untuk menarik lebih ramai pelancongan.

Pengurus Besarnya, Noorus Ashikin Mohd Din, berkata antara inisiatif digerakkan pihaknya termasuklah dengan mengangkat tema ‘Discover Selangor’ dan ‘Heart Of Malaysia’ bagi tujuan kempen dan promosi.

Air-terjun-Sungai-Chiling“Selangor menawarkan pengalaman lengkap dan pengembaraan luar yang cukup istimewa melalui pelbagai aktiviti riadah kepada pelancong dari luar ke Selangor.

“Antara tarikan istimewa yang boleh didapati di Selangor seperti aktivti pengembaraan, berakit sambil menikmati keindahan alam semula jadi, permandangan air terjun yang menakjubkan, keseronokan taman tema dan aktiviti riadah pantai.

“Selain itu, Selangor juga cukup kaya dengan pelbagai lapisan kaum budaya dan latar belakang serta keunikan makanan yang terhasil daripada pengaruh budaya yang menambahkan lagi keunikan negeri,” katanya.

YB Eli lawat Bukit Melawati sempena Tourism Selangor 2015 (15)Untuk tahun 2016, Selangor mensasarkan kehadiran pelancong seramai 7.2 juta susulan kejayaan mencapai sasaran 7 juta pelancong bagi tahun 2015.

Sementara itu, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong optimis Selangor kekal menjadi destinasi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Kerajaan Negeri fokus terhadap pelancongan tempatan dengan memberikan nilai wang (value of money) dalam usaha menggalakan lebih ramai pelancong ke Selangor,” katanya.

-nR-


Pengarang :