ABIM serah sumbangan Ramadan, Kempen Seorang Sekampit Beras

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 12 JUN : Seramai 30 ibu tunggal, golongan asnaf dan fakir miskin menerima sumbangan menerusi Kempen Seorang Sekampit Beras anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Bertempat di Surau An Nasihin Kampung Sungai Kertas Gombak, program tersebut memfokuskan kepada usaha membantu golongan memerlukan selaras tuntutan meningkatkan amal kebajikan di bulan Ramadan.

Presiden ABIM, Mohamad Raimi Abdul Rahim, berkata ABIM terus konsisten menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan khususnya di kawasan luar bandar.

abim 1“Kami menyampaikan amanah dan sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk diserahkan kepada golongan yang perlu mendapat perhatian kita untuk dibantu.

“Bantuan ini adalah amanah diberikan kepada kami untuk mencari keredhaan dan bekalan di akhirat nanti, InsyaAllah.

“Semoga usaha ini akan mendapat keberkatan dalam memenuhi tuntutan bersedekah yang dituntut sepanjang Ramadan,” katanya ketika berucap pada program pelancaran.

Bantuan disalurkan dalam bentuk 10KG kampit beras dan barangan keperluan dapur untuk kegunaan harian

abim 2Sementara itu, Ketua Kampung Sungai Kertas, Jamil Azaman Razak berharap program kebajikan itu boleh menjadi program tahunan dalam usaha memastikan masyarakat kurang berkemampuan dapat meringkan beban kos sara hidup masa kini.

“Jika dapat dijayakan program ini secara tahunan, tentu ianya mampu memberi manfaat yang lebih besar kepada ibu tunggal, golongan asnaf dan lebih ramai lagi.

“Sekarang ini dengan keadaan kos sara hidup yang melambung, golongan kurang berkemampuan ini pastinya menjadi antara mereka yang paling terkesan.

“Jadi kami berlapang hati dan menyambut baik usaha positif ini jika ia dilaksanakan secara tahunan,” katanya.

Tahun lalu, ABIM giat menyerahkan pelbagai bentuk sumbangan dan bantuan kepada lebih 4,600 keluarga di seluruh negara menerusi hasil sumbangan orang awam dan syarikat swasta.

EZY


Pengarang :