Pertandingan Bulan Membaca MAIS pupuk cintakan ilmu

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 9 MEI: Bagi memupuk semangat cintakan ilmu, Perpustakaan Wakaf Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menganjurkan pertandingan Bulan Membaca yang terbuka kepada ahlinya bermula awal Jun hingga 30 Ogos ini.

Menurut laman rasmi MAIS, enam kategori akan dipertandingkan, antaranya Pertandingan Fotografi (Aku dan Buku), Pertandingan Review Buku, Pertandingan Silang Kata dan Slogan, Pertandingan Pinjaman Buku Terbanyak Sepanjang Bulan Membaca dan Pertandingan Teka Jumlah Buku dan Berat Keseluruhan.

1kSetiap penyertaan bagi kesemua pertandingan hanya dikenakan bayaran RM0.20 sahaja.

Selain itu, turut diadakan program ‘Friendly Library Card’ dengan ahli berminat diberikan kad ‘friendly’ mengandungi 12 kolum untuk dicop setiap buku yang dipinjam.

Ahli hanya perlu mengumpul kesemua cop itu dan bakal menerima hadiah misteri.

Program dirasmikan Setiausaha MAIS, Dato’ Haji Baktiar Hussin dalam Majlis Perasmian Ihya’ Ramadhan, baru-baru ini.

Sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Encik Zharif dan Puan Shahirah di talian 03-55108631 atau bolehlah melayari laman sesawang http://libmais.gov.my atau www.perpustakaanwakaf.blogspot.com.

-AA-


Pengarang :