NASIONAL

Jualan kenderaan Ogos tinggi

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Jualan kenderaan Malaysia meningkat 26.8 peratus kepada 65,551 unit pada Ogos 2018 penurunan harga susulan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang berkadar sifar.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata, jualan itu meningkat berbanding 51,716 unit dalam bulan yang sama tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan kenderaan dijual itu, 55,772 unit adalah kenderaan penumpang, manakala baknya kenderaan perdagangan.

Persatuan itu berkata pengeluaran, meningkat kepada 47,387 unit kenderaan pada Ogos 2018 daripada 43,688 unit dalam bulan sama tahun lalu.

Sementara itu, MAA menjangka kuantiti jualan yang rendah pada September tahun ini berbanding Ogos kerana banyak pembelian dibuat sebelum berakhirnya tempoh pengecualian cukai GST.


Pengarang :