NASIONAL

Gempa Taiwan: Seorang rakyat Malaysia disahkan cedera

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 APRIL: Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang pelancong warganegara Malaysia mengalami kecederaan ekoran bencana gempa bumi yang melanda wilayah Hualien, Taiwan, hari ini

Mangsa dilaporkan cedera akibat runtuhan batu semasa melawat Taroko Gorge National Park dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Hualien Tzu Chi.

“Kementerian melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei akan terus memantau keadaan mangsa dan menghulurkan bantuan sewajarnya,” kata kenyataan itu.

Gempa bumi berskala 6.1 dan 4.1 Richter melanda wilayah itu pada jam 1.01 dan 1.17 tengah hari waktu tempatan.

Kali terakhir kejadian gempa bumi melanda Selatan Taiwan ialah pada 2016, yang mengorbankan lebih 100 nyawa.

Pada 1999, gempa bumi dengan kekuatan 7.6 skala richter melanda negara itu dan meragut lebih 2,000 nyawa.

Warganegara Malaysia yang terjejas akibat bencana itu dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk berhubung dengan Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei di alamat 8th Floor, San Ho Plastic Building 102, Dun Hua North Road Taipei, Taiwan R.O.C.

Atau hubungi talian +(886) 22713 2626 / +(886) 90574 6271 (Pegawai Bertugas) atau e-mel
[email protected]


Pengarang :