SELANGOR

Pejabat Kesihatan Hulu Langat tidak minta sumbangan

SHAH ALAM, 12 APRIL: Pejabat Kesihatan Hulu Langat menafikan dakwaan pihaknya meminta sumbangan barangan keperluan daripada orang awam untuk petugas barisan hadapan.

Pejabat itu dalam kenyataan di Facebook berkata hebahan bertulis meminta agar petugas yang dianggarkan sekitar 300 hingga 400 orang diberikan bantuan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE), air mineral, air tiga dalam satu dan makanan ringan adalah palsu.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam kenyataan jam 9 pagi hari ini mengesahkan permohonan sumbangan berkenaan adalah tidak benar.


Pengarang :