Seramai 41 pesakit positif Covid-19 dari Tahfiz Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling sembuh dan dibenarkan pulang dari wad di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) pada 12 April. Sumber Facebook Datuk Dr Noor Hisham
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 41 pelajar tahfiz Sri Petaling sembuh, dibenar pulang

SHAH ALAM,12 APRIL: Seramai 41 pesakit positif Covid-19 dari Tahfiz Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling sembuh dan dibenar pulang dari wad di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka adalah pelajar lelaki berusia 14 hingga 29 tahun dan sebahagian pesakit daripada kluster tabligh yang sebelum ini dikuarantin di Institut Sosial Malaysia dan dimasukkan ke HCTM pada 2 April lalu.

Beliau berkata mereka terdedah kepada Covid-19 sama ada ketika menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling pada awal Mac lalu dan daripada persekitaran masjid selepas perhimpunan.

“Mereka tiada menunjukkan sebarang simptom dan saringan awal kita dapati keputusan negatif tetapi kesemua dikuarantin di Institut Sosial Malaysia. Namun, pada 2 April, keputusan ujian ketiga yang diambil pada 30 Mac didapati positif Covid-19.

“Manakala, pelajar seterusnya dimasukkan ke HCTM bagi rawatan lanjut. Rawatan berjalan lancar dan hanya seorang daripada mereka mengalami simptom batuk pada 5 April dan diberikan rawatan Hydrochloroquine,” katanya pada kenyataan media di Facebook.

Dr Noor Hisham berkata saringan untuk diagnosis dan rawatan awal penting bagi memastikan pesakit positif Covid-19 berpeluang sembuh sepenuhnya terutama mereka yang masih muda.

“Proses penyembuhan dan prognosis mereka lebih baik berbanding pesakit berusia ataupun menghidap penyakit kronik lain seperti hipertensi atau kencing manis. Walau bagaimanapun, mendapatkan rawatan di peringkat awal semasa di tahap satu sehingga tiga amat penting,” katanya.


Pengarang :