Petugas Kementerian Kesihatan kelihatan membuat bancian serta mengarahkan setiap penghuni rumah perlu membuat saringan Covid-19 setelah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar kawasan Pasar Jalan Othman. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kuala Selangor masuk zon kuning semula

SHAH ALAM, 18 MEI: Kuala Selangor kembali memasuki zon kuning apabila beberapa mukim di daerahnya mempunyai kes aktif Covid-19.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) di Facebook malam ini memaklumkan empat mukim itu ialah Ijok, Jeram, Kuala Selangor dan Pasangan.

“Kami telah ingatkan berulang kali bahawa penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri dan pakai pelitup muka itu bukanlah soal main-main, ia semata-mata untuk keselamatan dan keselesaan anda juga. Sekiranya terjadi jangkitan baharu, kesemua kebebasan ini akan ditarik balik,” tulis STFC.

Selain Kuala Selangor, daerah lain masih berada dalam zon kuning ialah Hulu Langat (33), Gombak (14), Klang (11), Hulu Selangor (lapan) dan Sabak Bernam (tiga) dan satu di Sepang.

Sementara itu, secara keseluruhannya, kes baharu Covid-19 di Selangor menurun satu kes hari ini dengan lapan individu positif berbanding sembilan semalam.

Jumlah keseluruhan Covid-19 di negeri ini meningkat kepada 1,644 kes dengan 127 adalah kes aktif.

Kuala Langat pula kekal memegang status zon hijau sejak 8 Mei lalu manakala Petaling terus berada dalam zon merah dengan merekodkan 50 kes aktif.

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (21-40 kes), zon kuning (1-20 kes) dan zon hijau tiada kes.


Pengarang :