AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa tujuh daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 29 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 7 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka di negeri ini melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta seluruh Kuala Lumpur.

Situasi sama di Kedah meliputi Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Gua Musang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong), Negeri Sembilan (Jelebu dan Kuala Pilah) serta Johor (Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Sarawak pula di Betong, Sarikei (Pakan dan Julau) dan Limbang serta Sabah iaitu Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Tongod, Telupid), Kinabatangan dan Sandakan).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :