Reka bentuk Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang dipamerkan sempena Hari Jersi Selangor dan Pameran Awam Pembangunan KSSA di SACC Mall, Shah Alam pada 28 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Kompleks sukan negeri berkelas dunia, pacu potensi atlet

SHAH ALAM, 8 APRIL: Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dijangka memancu potensi atlet menerusi penyediaan kemudahan berkelas dunia.

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata kompleks itu bukan hanya mengganti Stadium Shah Alam tetapi menyediakan suasana sukan kepada semua atlet.

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman bercakap kepada media selepas majlis penyerahan insentif kemenangan kontinjen Negeri Selangor di Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 7 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Saya yakin pembinaan KSSA akan beri kesan yang baik kerana antara kemudahan yang disediakan adalah memberi ruang kepada atlet kita untuk berlatih di situ.

“Yang paling penting sekali, Selangor dapat bina suasana sukan yang betul kerana kawasan tersebut sesuai untuk kita bangunkan sebagai pusat sukan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan insentif kemenangan kontinjen Selangor Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di Dewan Raja Muda Musa semalam.

Menurut Mohd Khairuddin lagi, perbincangan bagi pembangunan KSSA kini diperingkat akhir sebelum ia dilancarkan secara rasmi oleh Dato’ Menteri Besar.

Sebelum ini Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan pembangunan semula KSSA membabitkan kawasan seluas 76.08 hektar itu akan bermula pada suku pertama tahun ini.


Pengarang :