Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada Malam Bahasa Jiwa Bangsa di Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam pada 27 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB deklamasi sajak, ajak rakyat martabat bahasa Melayu

SHAH ALAM, 28 MEI: Dato’ Menteri Besar mendeklamasikan sajak berjudul ‘Dalam Kesopanan Kita’ pada Malam Bahasa Jiwa Bangsa di Pustaka Raja Tun Uda di sini, malam tadi.

Dato’ Seri Amirudin Shari membaca sajak karya Sasterawan Negara (SN) Datuk Rahman Shaari pada program bersempena festival bahasa dan sastera peringkat negeri Selangor itu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mendeklamasikan sajak pada Malam Bahasa Jiwa Bangsa di Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam pada 27 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Dalam ucapan sebelum mula mendeklamasikan sajak, beliau berkata program itu mengimbau kenangan ketika zaman beliau giat melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan sastera seperti deklamasi sajak dan puisi.

“Malam ini dapat bersama-sama mengimbas kenangan sebab adalah sedikit baca puisi bersama kawan-kawan, cuma dulu bila saya baca puisi ada Pak Samad (Datuk Seri A Samad Said) jadi hakim.

“Alhamdulillah saya rasa sangat gembira (dengan program malam ini). Dengan apa yang disebutkan bahasa jiwa bangsa sangat dekat dan penting dalam hati kita, bukan hanya kata yang terkeluar (diungkap) tetapi apa yang terkeluar (diungkap) menunjukkan jiwa kita kepada diri dan negara kita,” katanya.


Persembahan tarian tradisional daripada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi pada Malam Bahasa Jiwa Bangsa di Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam pada 26 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pada program itu tiga SN iaitu Datuk Dr Zurinah Hassan, Dato’ Dr Anwar Ridhwan dan Datuk Seri A Samad Said turut mendeklamasikan puisi masing-masing.

Majlis turut diserikan dengan deklamasi puisi bertajuk ‘Kesal Seorang Ibu Yang Bekerja’ karya Zurinah oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Festival dua hari bermula semalam bertujuan memartabatkan bahasa dan sastera selain menambah minat membaca dalam kalangan rakyat Selangor.

Antara tetamu kehormat pada Malam Bahasa Jiwa Bangsa di Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam pada 27 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Program turut diserikan dengan persembahan tarian tradisional daripada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi selain nyayian daripada penyanyi Aris Ariwatan.


Pengarang :