Penyandang kerusi Dewan Undang Negeri Bandar Baru Klang Teng Chang Khim
ADNSELANGOR

Pasang 12 lampu solar terangi jalan gelap, tingkat keselamatan penduduk

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 14 JULAI: Sejumlah 12 lampu diod pemancar cahaya berkuasa solar akan dipasang di beberapa lokasi dalam Dewan Undangan Negeri Bandar Baru Klang menerusi projek Selangor Penyayang (PSP).

Penyandangnya Dato’ Teng Chang Khim berkata daripada jumlah itu lapan lampu dipasang dalam masa terdekat sekitar Klang Utama dan Bandar Bukit Raja manakala baki empat lagi akan ditentukan kemudian.

“Semua lampu solar yang akan dipasang menggunakan peruntukan RM96,000 yang diterima daripada Kerajaan Negeri sebelum Dewan Negeri Selangor penggal ke-14 dibubarkan pada 23 Jun lalu.

“Pemasangan lampu ini antara usaha kita tingkatkan keselamatan pengguna jalan raya sekali gus dapat elak kemalangan atau kejadian tidak diingini apabila persekitaran lebih terang,” katanya.

Menerusi Belanjawan 2023, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan sejumlah RM28 juta diperuntukkan bawah PSP sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat dengan penyediaan projek kecil demi manfaat rakyat setempat.

Keutamaan bagi pelaksanaan projek itu akan diberikan kepada projek penyelenggaraan dan menaik taraf prasarana serta pembangunan kemudahan awam kerajaan termasuk yang tidak mempunyai peruntukan penyelenggaraan tahunan.


Pengarang :