Sekitar Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor di Laman Niaga Bandar Baru Bangi, Hulu Langat pada 7 Julai 2023. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDANASIONAL

Sedia depani PRN, ribuan hadir pelancaran Jentera Perpaduan Selangor

Oleh Suhaila Shahrul Annuar dan Yusliza Yakimir Abd Talib

HULU LANGAT, 7 JULAI: Laungan Kita Selangor dan Hidup Perpaduan bergema di Laman Niaga Bandar Baru Bangi di sini malam ini, yang menyaksikan pelancaran Jentera Perpaduan Selangor.

Disempurnakan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim, laungan itu tanda semboyan jentera HARAPAN dan Barisan Nasional (BN) Selangor bersedia menghadapi pilihan raya negeri (PRN).

Lautan biru dan merah terdiri daripada ribuan penyokong dan jentera dari kedua-dua gabungan membanjiri khemah sepanjang majlis berlangsung dengan bendera HARAPAN dan BN dikibarkan.

Pemimpin yang hadir antaranya Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan sempena Jelajah Mega Madani dan pelancaran Jentera Perpaduan di Laman Niaga Bandar Baru Bangi, Bangi, Hulu Langat pada 7 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pelancaran jentera sempena Jelajah Perpaduan Madani itu menyaksikan penyerahan bendera HARAPAN dan BN kepada pimpinan sebagai simbolik pelancaran jentera perpaduan Selangor.

Siri Jelajah Perpaduan Madani bermula di DUN Sikamat, Negeri Sembilan. Jelajah sama berlangsung di Kedah esok membabitkan DUN Suka Menanti, Gurun, Bukit Selambau, Sidam dan Kulim.

Rabu lalu Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengumumkan 12 Ogos sebagai hari mengundi bagi PRN di Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan.

Hari penamaan calon bagi keenam-enam negeri pula ditetapkan pada 29 Julai, sementara pengundian awal pada 8 Ogos dengan tempoh berkempen selama dua minggu.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap dihadapan ribuan penyokong Kerajaan Perpaduan sempena Jelajah Mega Madani dan pelancaran Jentera Perpaduan di Laman Niaga Bandar Baru Bangi, Bangi, Hulu Langat pada 7 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
Ribuan penyokong Kerajaan Perpaduan menghadiri Jelajah Mega Madani dan pelancaran Jentera Perpaduan di Laman Niaga Bandar Baru Bangi, Bangi, Hulu Langat pada 7 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
Ribuan penyokong Kerajaan Perpaduan menghadiri Jelajah Mega Madani dan pelancaran Jentera Perpaduan di Laman Niaga Bandar Baru Bangi, Bangi, Hulu Langat pada 7 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
Ribuan penyokong Kerajaan Perpaduan menghadiri Jelajah Mega Madani dan pelancaran Jentera Perpaduan di Laman Niaga Bandar Baru Bangi, Bangi, Hulu Langat pada 7 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :