DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah pada Majlis Hi-Tea di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, United Kingdom pada 14 September 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office
SELANGOR

RMS berkenan hoskan majlis minum petang di UK raih dana untuk program SAY

SHAH ALAM, 16 SEPT: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menghoskan majlis minum petang bagi meraih dana untuk Selangor Youth Community (SAY).

Menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook,  majlis berlangsung di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, United Kingdom pada 14 September lalu.

Menurut kenyataan itu, ia antara usaha merintis kerjasama baharu dengan pihak yang berminat menyalurkan dana untuk program dikendalikan SAY.

DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah pada Majlis Hi-Tea di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, United Kingdom pada 14 September 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office

“Majlis berkenaan dihadiri oleh jemputan-jemputan dari pelbagai sektor ekonomi dan sosial.

“Ia sebagai antara usaha merintis kerjasama baharu ke arah mewujudkan peluang-peluang yang lebih dinamik kepada belia tempatan,” menurut kenyataan.

SAY diwujudkan untuk membantu pembangunan belia khusus dalam bidang keusahawanan. Antara program dianjurkan termasuk Liga Usahawan Wanita dan Selangor Youth Community (SAY) ASPIRE.

SAY juga menganjurkan pelbagai aktiviti untuk belia seperti sukan, seni, kebudayaan dan menawarkan khidmat kemasyarakatan kepada golongan memerlukan.

 


Pengarang :