Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada 31 Oktober 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PM arah peruntukan aktiviti hebahan kerajaan dikurangkan

SHAH ALAM, 7 NOV: Kementerian Kewangan mengurangkan peruntukan bagi perbelanjaan komunikasi membabitkan aktiviti promosi dan publisiti hebahan kepada RM100 juta pada tahun depan.

Perdana Menteri berkata menjelaskan sejak 2020 hingga tahun lalu, RM700 juta dibelanjakan pentadbiran sebelum ini yang dianggap keterlaluan dan melanggar tata kelola.

“Ini bermakna secara puratanya lebih RM200 juta setahun telah dibelanjakan sepanjang dua pentadbiran yang lalu untuk menguar-uarkan usaha kerajaan melalui semua platform media massa.

“Saya arahkan supaya perbelanjaan dikurangkan bagi 2024 dan selanjutnya bagi promosi dan publisiti hebahan kerajaan tidak melebihi RM100 juta setahun iaitu tidak lebih separuh daripada apa yang dibelanjakan sebelum ini,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menjawab pertanyaan P Prabakaran (HARAPAN-Batu) pada waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Tambun itu yakin penerangan mengenai dasar dan perkhidmatan kerajaan tetap dapat dilaksana dengan berkesan menerusi beberapa pendekatan lain.

Menurutnya, kerajaan akan memanfaatkan sebaiknya semua agensi dan jabatan termasuk saluran media kerajaan bagi menyampaikan maklumat dengan tepat kepada awam.

“Selain itu, kerajaan juga akan berurusan secara langsung dengan komuniti melalui langkah cakna rakyat, serta membuktikan pencapaian dan keberhasilan dasar dan program yang dilaksanakan,” katanya.


Pengarang :