Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) pada majlis perasmian sambutan perayaan Ponggal peringkat Selangor di Padang Ladang Sungai Sedu, Banting, Kuala Langat pada 15 Januari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sambutan perayaan Ponggal meriah, perpaduan penyatu kekuatan Selangor

KUALA LANGAT, 15 JAN: Sambutan perayaan Ponggal peringkat negeri di Padang Ladang Sungai Sedu, Banting di sini meriah dengan kehadiran lebih 1,000 masyarakat India.

Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan seni dan kebudayaan masyarakat India seperti tarian silambam, nyanyian lagu tradisional dan moden serta pertunjukan pakaian beragam.

Dato’ Menteri Besar ketika berucap merasmikan majlis itu berkata sambutan pelbagai perayaan peringkat negeri menandakan rasa hormat dan kebersamaan pentadbiran Kerajaan Negeri dan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap merasmikan majlis sambutan perayaan Ponggal peringkat Selangor di Padang Ladang Sungai Sedu, Banting, Kuala Langat pada 15 Januari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Semangat perpaduan yang diamalkan membolehkan kita hidup dalam suasana aman sejahtera dan perbezaan ini menjadi penyatu. Kekalkan perpaduan di Selangor kerana perpaduan kni menjamin kemajuan, kehidupan baik sekali gus rakyat terjaga dan terpelihara,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari malam ini.

Terdahulu pada majlis sama Amirudin turut menyampaikan sumbangan sari kepada wanita warga emas wanita masyarakat India sekitar Kuala Langat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari diiringi EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu menyampaikan sumbangan sari kepada wanita warga emas msyarakat India sekitar Kuala Langat pada majlis perasmian sambutan perayaan Ponggal peringkat Selangor di Padang Ladang Sungai Sedu, Banting, Kuala Langat pada 15 Januari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Turut hadir Pengerusi bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (Limas) yang juga EXCO pembasmian kemiskinan V Papparaidu.

Di Malaysia pesta Ponggal merupakan perayaan semasa musim menuai yang diraikan secara meluas oleh masyarakat India dan bertujuan memberi rehat kepada pesawah dan ternakan.

Ponggal diraikan pada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil dipanggil ‘Thai’ dan merupakan perayaan utama khususnya bagi komuniti petani.

Orang ramai pada majlis perasmian sambutan perayaan Ponggal peringkat Selangor di Padang Ladang Sungai Sedu, Banting, Kuala Langat pada 15 Januari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Ahli Silambam Kuala Langat membuat demontrasi pada majlis sambutan perayaan Ponggal peringkat Selangor di Padang Ladang Sungai Sedu, Banting, Kuala Langat pada 15 Januari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

 


Pengarang :