Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sidang media selepas lawatan tapak isu kecurian benih kerang di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Pelabuhan Klang pada 13 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
SELANGOR

Isu pelantikan JPKK Selangor dijangka selesai awal Mac

SABAK BERNAM, 13 FEB: Isu pelantikan 373 jawatan dalam Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Selangor dijangka selesai awal bulan depan.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor berkata pihaknya perlu berbincang lebih lanjut dengan parti komponen HARAPAN dan Barisan Nasional (BN) untuk memuktamadkan pembahagian jawatan itu.

“Kita ada sampai akhir Februari (untuk muktamadkan). Saya percaya ia boleh dilaksanakan dengan persefahaman yang baik.

“(Kita sudah) ada angka-angkanya (pembahagian). Tapi bila ada perkembangan terbaharu saya perlu kemukakan semula cadangan.

“Insya-Allah akhir Februari atau awal Mac saya yakin boleh diselesaikan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika ditemui selepas mengadakan lawatan tapak kes kecurian benih kerang di sini, hari ini.

Pada 20 Januari lalu, Pengerusi Umno Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin memutuskan menyerah kembali kuota 20 jawatan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada HARAPAN.

Megat Zulkarnain dilapor berkata tindakan itu bagi memberi tumpuan kepada 373 jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung yang dilantik bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.


Pengarang :