Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad (tengah) bergambar bersama penerima sumbangan pada program sumbangan Tahun Baharu Cina Pekawanis di Pusat Konvensyen MPAJ Taman Melawati, Ampang Jaya pada 18 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELNGORKINI
AGENSISELANGOR

Pekawanis agih RM190,000 bantu penduduk sempena Tahun Baharu Cina

AMPANG JAYA, 18 FEB: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) memperuntuk RM190,000 kepada 51 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhammad berkata seramai 20 individu terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan golongan kurang berkemampuan di setiap DUN menerima RM150.

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad bercakap kepada Media Selangor selepas program sumbangan Tahun Baharu Cina Pekawanis di Pusat Konvensyen MPAJ Taman Melawati, Ampang Jaya pada 18 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELNGORKINI

“Antara DUN yang menerima sumbangan hari ini termasuk Sungai Tua, Bukit Antarabangsa, Lembah Jaya, Taman Templer, Gombak Setia, Paya Jaras dan Parlimen Gombak.

“Sebelum ini sumbangan selesai di beberapa zon termasuk Klang pada minggu lalu,” katanya selepas program Sumbangan Tahun Baharu Cina Berpusat Pekawanis di Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hari ini.

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad (tengah) bersama Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Bukit Antarabangsa, Taman Templer dan Bukit Lanjan hadir pada program sumbangan Tahun Baharu Cina Pekawanis di Pusat Konvensyen MPAJ Taman Melawati, Ampang Jaya pada 18 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELNGORKINI

Masdiana berharap sumbangan diagihkan dapat meringankan beban golongan memerlukan sempena Tahun Baharu Cina.

“Pekawanis juga akan terus giat melaksanakan program terutama bagi menyantuni golongan memerlukan ini ketika musim perayaan,” katanya.

Donna Choo, 68. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELNGORKINI

Penerima Donna Choo, 68, berkata beliau gembira dengan sumbangan itu dan menyifatkan semua kaum dirai dan tiada siapa dipinggirkan di negeri ini.

“Memang saya amat gembira. Bolehlah beli barang keperluan untuk berkongsi dengan anak cucu,” katanya.

Toh Keng Chim, 70. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELNGORKINI

Toh Keng Chim, 70 berkata ibunya Lim Kim Foong, 91, sangat gembira bila mendapat panggilan menjadi penerima sumbangan itu dan mahu menggunakannya untuk membeli barangan dapur.

“Diharap program seperti ini diteruskan dan lebih ramai lagi dapat sumbangan,” katanya.

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad menyampaikan sumbangan kepada penerima pada program sumbangan Tahun Baharu Cina Pekawanis di Pusat Konvensyen MPAJ Taman Melawati, Ampang Jaya pada 18 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELNGORKINI

Pengarang :