Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao sesi ‘ercakap kepada media selepas walkabout’ beramah mesra bersama penduduk orang asli di Kampung Tun Abdul Razak , Hulu Selangor pada 29 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Calon Kerajaan Perpaduan mahu jaga hak semua kaum di KKB

HULU SELANGOR, 29 APRIL: Calon Kerajaan Perpaduan bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu berazam menjaga hak semua kaum di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Pang Sock Tao berkata beliau mahu menjamin kesejahteraan setiap warga Kuala Kubu Bharu tanpa mengira latar belakang sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat pada 11 Mei ini.

“Kalau saya menang, yang pertama saya mahu buat adalah menjamin kesejahteraan tidak kira agama, bangsa dan latar belakang termasuk juga masyarakat Orang Asal di sini.

“Saya juga mahu menjadi jambatan antara Kerajaan Negeri dan persekutuan untuk memperkasa hak dan kebajikan Orang Asal. Saya akan menjadi jambatan dan memperjuangkannya,” katanya.

Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao ketika sesi ‘walkabout’ beramah mesra bersama penduduk orang asli di Kampung Tun Abdul Razak , Hulu Selangor pada 29 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian pada program ramah mesra bersama masyarakat Orang Asal di Kampung Tun Razak di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Md Nor.

Sebelum itu, Sock Tao diiringi EXCO Pelaburan Ng Sze Han dan EXCO Sumber Manusia V Papparaidu meluangkan masa kira-kira satu jam bertemu peniaga dan pengunjung pasar malam di pekan Kuala Kubu Bharu.

Kunjungan calon Kerajaan Perpaduan yang turut mengedarkan kira-kira 100 naskhah akhbar Selangorkini mendapat sambutan baik pengunjung dan peniaga.

Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao ketika sesi ‘walkabout’ beramah mesra bersama penduduk orang asli di Kampung Tun Abdul Razak , Hulu Selangor pada 29 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Dalam pada itu, Sock Tao mengakui sudah berpindah ke Kuala Kubu Bharu sebelum hari penamaan calon dalam usaha memahami dan mendekatkan diri dengan masyarakat.

“Saya sudah berpindah ke Kuala Kubu Bharu sebelum kempen bermula untuk memahami dan mendekatkan diri dengan masyarakat di sini,” katanya.

Soc Tao, 31, yang mewakili Kerajaan Perpaduan berdepan saingan empat penjuru daripada calon Perikatan Nasional Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) serta Nyau Ke Xin (Bebas).


Pengarang :