Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sultan Suleiman, Klang pada 23 Oktober 2022. Foto REMY ARIIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Ekonomi negeri memberdaya, bantu rakyat nikmati hidup lebih berkualiti

SHAH ALAM, 30 APRIL: Pendekatan ekonomi Selangor yang berteraskan manusiawi terbukti membawa limpahan hasil sekali gus membolehkan rakyat menikmati kehidupan lebih berkualiti.

EXCO keusahawanan berkata selaras kerangka Ekonomi Madani diperkenal Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Selangor telah lama mengamalkan konteks ekonomi yang memakmurkan dan memberdaya rakyat.

EXCO Keushawanan Mohd Najwan Halimi berucap pada Majlis Aidilfitri dan Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-4 Forum Ekonomi Manusiawi (FEM) 2024 di Shah Alam pada 30 April 2024. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI

“Sejak 2008, bermula dengan pentadbiran mantan Menteri Besar (Allahyarham Tan Abdul Khalid Ibrahim) yang mana pada ketika itu (Anwar) adalah Penasihat Ekonomi Selangor diperkenalkan konsep dan pendekatan merakyatkan ekonomi.

“Bukan hanya dilihat sejauh mana bangunkan gedung atau bangunan pencakar langit yang berteraskan keuntungan tetapi bagaimana ekonomi itu diambil daripada sudut berbeza untuk mengangkat martabat, membela nasib rakyat dan berteraskan manusiawi,” kata Mohd Najwan Halimi.

Berucap pada Majlis Aidilfitri dan Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-4 Forum Ekonomi Manusiawi (FEM) di sini, beliau menambah dasar ekonomi yang memberdaya rakyat diterapkan dalam segenap aspek pembangunan negeri termasuklah pemerkasaan usahawan.

“Komitmen saya jelas dan kita mempunyai semangat yang sama untuk teruskan usaha memajukan ekonomi masyarakat sekali gus menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini.

“Kerjasama semua diperlukan bagi meningkatkan pemahaman rakyat mengenai kepentingan ekonomi Madani dan kesannya kepada kehidupan masyarakat yang lebih berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi FEM Nik Mohd Yusoff Nik Ismail berkata Malaysia Madani dan Ekonomi Madani bukan suatu slogan politik tetapi komitmen jangka panjang membangun semula negara.

“Membangun berpaksikan pembangunan manusia, ekonomi Madani bersifat manusiawi dengan keterangkuman nilai untuk memperbaiki kehidupan manusia dan membawa perubahan,” katanya.


Pengarang :