AGENSISELANGOR

Hujan lebat diramal landa Sepang hingga 5 petang

SHAH ALAM, 21 APRIL: Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda Sepang sehingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook turut memaklumkan cuaca sama turut melanda seluruh Melaka selain beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :