Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat sempena Konvensyen 25 Tahun KEADILAN di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 21 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Hubungan parti Kerajaan Perpaduan kekal utuh, tekad pulih negara

SHAH ALAM, 21 April: Hubungan antara parti dalam kerajaan Perpaduan adalah sangat kukuh dan tiada langsung tanda keretakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Presiden KEADILAN berkata semua jemaah Kabinet tidak berdepan masalah persefahaman namun beliau akui ada beberapa isu luar yang tidak mewakili suara kepimpinan.

“Dalam Kabinet kita tidak hadapi masalah itu (persefahaman). Namun di luar ada suara yang tidak mewakili suara kepimpinan, saya harus akui ada sedikit sebanyak hal yang dirungkai di luar jemaah menteri.

“Setakat ini belum ada petanda keretakan kecil sekali pun antara HARAPAN, BN (Barisan Nasional), Sabah dan Sarawak. Yang ada hanya golongan terdesak dan saya ucapkan mereka good luck’ and goodbye, it will not works,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat di hadapan lebih 5,000 anggota KEADILAN sempena Konvensyen KEADILAN ke-25 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat sempena Konvensyen 25 Tahun KEADILAN di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 21 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Anwar menambah semua pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan juga faham dan setuju terhadap tindakan yang diambil jika melanggar prinsip tatakelola khususnya dalam isu merompak hasil negara.

Jelasnya tiada rakyat yang sedang menderita akibat daripada prinsip tersebut sebaliknya ia hanya memberi kesan terhadap individu yang mengamalkan salah guna kuasa.

“Bila kita ambil tindakan terhadap golongan maha kaya, mana suara pejuang Melayu Islam. Semuanya kelu kerana takut. Yang ada sekarang di dalam ini adalah pahlawan kecil dan mereka inilah yang mahu melawan rasuah. Tekad kita pulihkan negara,” katanya.

134840- Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama sambil memegang risalah KEADILAN Menang 16 (KEMAS16) dan Pemerkasaan Organisasi Parti 25 (POP25) sempena Konvensyen 25 Tahun KEADILAN di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 21 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :