EXCO Belia Najwan Halimi pada sesi town hall Kembara Jumpa Orang Muda di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 10 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDASUKANKINI

EXCO: Serangan simbah asid dikecam, doakan Faisal kuat hadapi musibah

SHAH ALAM, 5 MEI: EXCO sukan mengecam serangan asid terhadap pemain Selangor FC Faisal Halim dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan sehingga membawa pelaku ke muka pengadilan.

Najwan Halimi turut mendoakan Faisal diberikan kekuatan dan semangat dalam menghadapi musibah ini serta dikurniakan kesembuhan segera.

“Susulan serangan asid terhadap Faisal di sebuah kompleks beli belah petang tadi, saya telah berhubung dengan pengurusan Selangor FC dan dimaklumkan bahawa Faisal kini sedang dirawat di hospital.

“Keadaan beliau stabil namun mengalami kelecuran tahap dua di beberapa bahagian tubuh iaitu di sekitar leher, bahu, lengan dan dada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di laman X mengenai kejadian yang menimpa Faisal yang juga pemain kebangsaan menjadi mangsa simbahan asid dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang hari ini.

Setakat ini, pihak media masih menunggu pengesahan daripada pihak polis yang dijangka mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.


Pengarang :