Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika sidang media di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), pada 19 Ogos 2023. Foto Bernama
AGENDAJENAYAH

Simbah asid: Faisal stabil, orang ramai ada maklumat digesa salur kepada polis

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain bola sepak kebangsaan yang cedera disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara petang tadi, kini dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5.51 petang tadi.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular gambar pemain sayap pasukan Selangor FC Faisal Halim mengalami kecederaan pada badan dipercayai akibat disembah asid.

Difahamkan, pemain berkenaan diserang selepas bermain go-kart di pusat beli-belah itu.

– BERNAMA


Pengarang :