SELANGOR

Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat diramal hujan hingga 5 petang

SHAH ALAM, 2 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat , ribut petir dan angin kencang melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sehingga 5 petang ini.

Menurut agensi itu di Facebook, cuaca sama diramal berlaku di Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Amaran dikeuarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :