Datuk Bandar Shah Alam, Dr Nor Fuad Abdul Hamid melawat pondok bacaan yang menggunakan bahan ‘poly-al’ yang turut terdapat di Pusat Kitar Semula (PKS) Komuniti Seksyen 2, Shah Alam, selepas dinaik taraf Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama beberapa syarikat berkaitan dalam usaha membudayakan amalan kitar semula pada 20 Oktober 2023. Foto MBSA
PBTSELANGOR

MBSA sedia 16 pusat kitar semula, terima lapan jenis barang termasuk sisa elektronik

SHAH ALAM, 2 MEI: Warga Shah Alam boleh menghantar barangan ke 16 pusat kitar semula yang di sediakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Pihak berkuasa tempatan itu turut menyenaraikan lapan kategori barangan yang boleh dikitar semula iaitu sisa elektrik dan elektronik, buku, pakaian, botol kaca, minyak masak terpakai, aluminium dan tin.

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kebersihan Awam dan Kelestarian Sisa MBSA di talian 03-5510 5133.

Berikut lokasi pusat kitar semula:


Pengarang :