Orang ramai membeli barangan keperluan asas pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Kuala Kubu Baharu di Dewan Serbaguna Kerling, Hulu Selangor pada 2 Mei 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Penduduk KKB mahu jualan murah diteruskan, bantu ringan belanja dapur

HULU SELANGOR, 2 MEI: Rata-rata penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu mahu program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan barangan asas pada harga murah diteruskan pada masa akan datang.

Menurut I.Mugilarasu,49, jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu membantu beliau menjimatkan belanja dapur.

I.Mugilarasu,49

“Saya tinggal bersama ibu dan hanya bergantung dengan wang simpanan sahaja kerana diberhentikan kerja akibat kemalangan. Perbelanjaan agak terhad dan apabila ada jualan seperti ini ia amat membantu.

“Saya berharap jualan seperti ini dapat diteruskan kerana meringankan beban rakyat terutama berpendapatan rendah,” katanya ditemui pada program tersebut.

Warga emas Kamaliah Zulkifly,75, pula berharap jualan murah itu dapat diadakan lagi dengan membawa keperluan barangan masakan yang lain.

“Ini kali kedua saya datang kerana sebelum ini tidak berkesempatan atau jauh. Agak sukar saya dan adik datang kerana kami tinggal berdua sahaja dan perlu menaiki motosikal.

Lee Kew,83

“Barangan dijual murah berbanding pasaran luar terutama ayam dan telur. Saya berharap menjelang Aidiladha nanti jualan diadakan dan bawa keperluan barangan masakan lain,” katanya.

Dalam pada itu, Lee Kew, 83, berkata dia tidak kisah berpanas asalkan dapat membeli barangan pada harga murah.

“Hari ini saya datang dengan kakak menaiki motosikal… tidak kisah berpanas asalkan dapat beli barangan dapur dengan harga murah.

“Saya harap jualan ini diteruskan kerana harganya sangat murah jika nak banding di pasaran luar. Semua kena ambil peluang kerana ini untuk rakyat,” katanya.

Kamaliah Zulkifly,75

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan program tersebut memberi manfaat kepada lebih dua juta rakyat Selangor sejak diperkenal dua tahun lalu.


Pengarang :