Kasih Ambang Ramadan bantu golongan memerlukan

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 8 JUN: Seramai 45 sukarelawan pelajar Universiti Selangor (UNISEL) terlibat secara langsung dalam program Kasih Ambang Ramadan bagi membantu golongan fakir dan miskin di negeri itu.

Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan, berkata mereka yang layak akan menerima sumbangan wang tunai RM50 berserta bungkusan makanan sebagai persiapan berbuka puasa.

13325648_1095342387208388_2838545707825007234_n“Program di bawah cabang khas ‘Cakna’ UNISEL itu bertujuan menghulurkan sumbangan ikhlas kepada golongan asnaf dan fakir miskin untuk menyambut Ramadan.

“Selain itu, ia turut memberi pendedahan kepada pelajar bagi memupuk erti semangat membantu masyarakat dan menghormati warga emas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, program kendalian Unit Jaringan Komuniti Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNISEL itu turut mendapat kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sekinchan dan Sungai Panjang.

Program dirasmikan Timbalan Naib Canselor UNISEL, Profesor Dr Shaharuddin Badaruddin bersama ADUN Sekinchan, Ng Swee Lim dan pegawai PKM terbabit.

Acara turut dimeriahkan dengan kehadiran 38 penunggang motosikal Street Cub yang berkonvoi dari DUN Sekinchan ke Masjid Al Huda, parit 13, Sungai Panjang.

-AA-


Pengarang :