SELANGOR

UNISEL anjur pertandingan pancing toman dan pacu

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 2 JAN: Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM1,000 menanti pemenang Pertandingan Memancing Toman dan Pacu anjuran Universiti Selangor (UNISEL).

UNISEL menerusi laman facebooknya memaklukan pertandingan bermula seawal 8.30 pagi di Tasik UNISEL, Kampus Bestari Jaya sempena hari pendaftaran UNISEL 2018, 10 Februari ini.

Penyertaan terbuka kepada 500 orang secara percuma kepada seluruh warga UNISEL serta komuniti setempat.

Hadiah lumayan menanti peserta antaranya Johan bakal membawa pulang wang tunai RM300 diikuti Naib Johan (RM200) sementara tempat ketiga dan keempat masing-masing membawa pulang(RM100).

Lebih menarik, tempat ke empat hingga ke 10 juga bakal membawa pulang hamper sebagai sagu hati.


Pengarang :