Kakitangan Air Selangor melaksanakan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) pada 13 Oktober 2021. Foto Facebook Air Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Air Selangor tunda tarikh selenggara LRA Sungai Selangor Fasa 1

SHAH ALAM, 26 APRIL: Kerja penyelenggaraan berjadual Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) dipinda ke tarikh baharu.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan maklumat rasmi berhubung perkara itu akan dikemas kini menerusi aplikasi, laman sesawang dan laman sosial.

“Air Selangor ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penyenggaraan berjadual LRA SSP1 akan dipinda ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

“Sebarang maklumat rasmi dan terkini boleh didapati menerusi saluran komunikasi kami seperti aplikasi Air Selangor, laman sesawang serta platform media sosial kami,” menurut poster di Facebook.

Sebelum ini, Air Selangor memaklumkan akan menjalankan penyelenggaraan berjadual bagi LRA SSP1 pada 14 hingga 16 Mei membabitkan beberapa kawasan sekitar Lembah Klang.

Antara kawasan yang dikhuatiri terjejas bekalan air adalah daerah Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.


Pengarang :