SUKANKINI

Piala Thomas: Malaysia atasi Rusia 5-0

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 21 MEI: Malaysia mengalahkan Rusia 5-0 dalam perlawanan pembukaan kumpulan D, pada pusingan akhir Piala Thomas di Bangkok, Thailand, hari ini.

Melalui laporan @teamMasia, skuad badminton negara bermula cemerlang dengan perseorangan utama, Datuk Lee Chong Wei memulakan rentak kemenangan menundukkan Vladimir Malkov dalam dua set, 21-9, 21-6, untuk memungut mata pertama.

Malaysia memperoleh mata kedua apabila beregu pertama, Goh V Shem-Tan Wee mengalahkan gandingan Ivanov-Ivan Sozonov (21-18, 21-19).

Kemenangan Malaysia dipastikan perseorangan kedua, Lee Zii Jia dengan mengatasi Sergey Sirant (21-13, 21-16) untuk kedudukan 3-0.

Beregu kedua, Teo Ee Yi-Aaron Chia memungut mata keempat mengalahkan pasangan Evgenij Dremin – Denis Grachev (21-16, 21-9).

Seterusnya, perseorangan ketiga, Iskandar Zulkarnain memastikan kemenangan kelima dengan keputusan 21-9, 21-12 mengatasi Rodion Alimov.

Malaysia akan turun dalam perlawanan kedua menentang Algeria, esok.


Pengarang :