NASIONAL

Pimpinan PAKATAN turut terima ‘spam call’

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 9 MEI Pakatan Harapan (PAKATAN) mendakwa menerima panggilan ‘spam’ sejak awal pagi tadi disyaki cuba mengganggu urusan di hari mengundi.

Calon DUN Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, perkara itu tidak hanya berlaku terhadap dirinya malah terjadi kepada beberapa pimpinan parti yang lain.

“Boleh dikatakan saya dapat ‘spam calling’ misteri setiap dua saat daripada nombor yang tidak dikenali dimana rata-rata nombor antarabangsa.

“Hal ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dari pihak tertentu yang cuba mengganggu urusan kami.

“Seperti mana yang kita tahu pagi ini adalah waktu kesibukan calon berurusan tetapi diganggu apabila setiap tiga saat panggilan ‘spam’ ini masuk,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Seksyen 18, di sini pagi tadi.

Rodziah berkata, antara nombor telefon yang diterima antaranya dariapda Callman, United States dan Indonesia.

“Apabila perkara ini berlaku kita tidak dapat berhubung dengan pihak luar.

“Saya yakin ini bukan kerja seorang dua atau secara tidak sengaja. Ia seperti sudah dirancang sebab semua pimpinan parti diganggu,” katanya.

=EZY=


Pengarang :