SELANGOR

250 asnaf DUN Seri Setia terima duit raya

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 13 JUN: Seramai 250 asnaf dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia menerima sumbangan berbentuk duit raya bersempena kedatangan Aidilfitri di Masjid Al-Husna, di sini.

Majlis serahan sumbangan duit raya itu disampaikan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin.

Jumlah keseluruhan duit raya itu sebanyak RM25,000 dengan masing-masing menerima RM100 setiap seorang.

Antara pengisian majlis, Dr Shaharuddin sempat meluangkan masa dengan menyampaikan Tazkirah Ramadan sebelum majlis berbuka puasa bersama penduduk DUN Seri Setia yang hadir.

Dr Shaharuddin yang juga selaku Exco Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi mempunyai pengalaman lebih 33 tahun dalam bidang pendidikan serta badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau juga mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) dan Ahli Lembaga Pengarah Institut Darul Ehsan selain Naib Presiden KEADILAN.

=EZY=


Pengarang :