BERITA UTAMASELANGOR

MB pegang empat portfolio

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 JUN: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari akan bertindak selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Pembangunan Generasi Muda dan Sukan serta Komunikasi Strategik.

Perkara itu diputuskan selepas Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) mencapai kata sepakat dalam Mesyuarat Bil 18/2018 yang berlangsung pada 27 Jun lalu.

Ia merupakan mesyuarat MMKN pertama dipengerusikan Amirudin Shari setelah mengangkat sumpah sebagai Dato Menteri Besar Selangor ke-16 pada 19 Jun lalu.

Antara perkara utama dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah pembahagian tugas mengikut portfolio dalam kalangan Exco Kerajaan Negeri.

Dalam mesyuarat sama, Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah mengangkat sumpah di hadapan Ahli MMKN sebagai Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar.

Berikut adalah senarai Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan portfolio yang terbaru:

1. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Pembangunan Generasi Muda dan Sukan serta Komunikasi Strategik.

2. Datuk Teng Chang Kim – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

3. V Ganabatirau – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin.

4. Ir Izham Hashim – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.

5. Datuk Abdul Rashid Asari – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan.

6. Prof Dr Shaharuddin Badaruddin – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan.

7. Ng Sze Han – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru.

8. Haniza Talha – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar.

9. Dr Siti Mariah Mahmud – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayan Wanita dan Keluarga.

10. Hee Loy Sian – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi.

11. Rodziah Ismail – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi.


Pengarang :