EKONOMI

Ringgit dibuka rendah 4.1060/1090 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 30 OGOS: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan minat belian dengan harga minyak meningkat, kata peniaga.

Pada pukul 9 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.1060/1090 berbanding dolar AS daripada 4.1050/1080 pada Rabu.

Peniaga berkata, mata wang Asia rendah hari ini berikutan tumpuan beralih kepada tarikh akhir 5 September untuk komen awam mengenai kenaikan tarif ke atas barangan China bernilai AS$200 bilion (RM825.3 bilion) oleh Presiden AS, Donald Trump.

Pada pukul 9 pagi, penanda aras minyak mentah Brent dicatatkan pada AS$77.54 (RM319.97) setong.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang lain.

Ia susut berbanding pound British kepada 5.3493/3540 daripada 5.2897/2940 semalam, merosot berbanding euro kepada 4.8048/8096 daripada 4.7914/7957 dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0078/3.0107 daripada 3.0047/0080 semasa ditutup semalam.

Bagaimanapun, unit tempatan naik berbanding yen kepada 3.6753/6783 daripada 3.6909/6946. –

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :