GLOBAL

Bekas Presiden Argentina berdepan tuduhan rasuah

BUENOS AIRES, 18 SEPT: Bekas Presiden Argentina, Cristina Fernandez de Kirchner didakwa mengamalkan rasuah semasa pentadbirannya, lapor agensi berita China Xinhua.

Susulan itu, Hakim Persekutuan Claudio Bonadio memerintahkan beliau ditahan.

Sebagai seorang senator, Kirchner memiliki kekebalan daripada penahanan, jadi perintah itu tidak dapat dilaksanakan dan perlu dikemuka kepada Senat untuk pertimbangan.

Kirchner, yang begitu lantang mengkritik penggantinya, President Mauricio Macri menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia bertujuan membunuh kerjaya politiknya.

Hakim itu turut mengenakan pertuduhan terhadap bekas Menteri Perancangan Bandar Argentina, Julio de Vid, dan dua lagi bekas pegawai kerajaan.

Sebagai sebahagian daripada siasatan, pihak pendakwaan menggeledah pejabat beberapa syarikat nasional dan antarabangsa selain hartanah milik Kirchner.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :